Wednesday 9 May 2012

MELEPASKAN BENIH IKAN KE DALAM KOLAM ATAU TANGKI

Cara-cara mengenal pasti kualiti benih ikan yang baik :
Memerlukan tahap kecergasan benih ikan akdan memilih benih ikan yang sihat dan aktif
Memerhatikan bentuk fizikal benih ikan dan memilih benih ikan
   yang mempunyai  bentuk yang standard
Memilih benih ikan yang tidak mempunyai tanda-tanda penyakit
Memilih benih ikan daripada induk ikan yang sihat dan tidak
  berpenyakit.
Memilih benih ikan daripada induk ikan yang sihat dan tidak berpenyakit
Mendapatkan benih ikan dari pembekal yang boleh dipercayaiJabatan Perikanan
 
Pelepasan benih ikan ke dalam kolam bergantung kepada beberapa faktor
Spesis ikan yang diternak
Saiz benih ikan atau umur ikan
Sistem ternakan yang diusahakan
  keluaran sistem ternakan
 
 
Menyenaraikan  Langkah-langkah Pelepasan Benih Ikan ke dalam Kolam atau Tangki

Langkah 1 : Menstabilkan suhu
1.     Rendam beg plastik yang berisi  benih ikan di dalam aair kolam selama 15 hingga 30 minit. Tujuannya untuk mengurangkan perbezaan suhu antara air di dalam beg plastik dengan air di dalam beg.
2.     Suhu air di dalam beg plastik dan suhu air didalam kolam akan sama selepas jangka masa rendaman tersebut.

Langkah 2 : Memeriksa kualiti benih
1.    Periksa benih-benih ikan.  Benih ikan yang mengalami tekanan harus direhatkan manakala benih ikan yang cedera atau yang mempunyai tanda-tanda penyakit perlu diasingkan untuk diberi rawatan.
2.    Pastikan benih ikan yang dilepaskan ke dalam kolam ternakan adalah sihat dan cergas.

Langkah 3 : Melepaskan benih
1.   Masukkan air kolam ternakan ke dalam beg
      plastik supaya suhunya sama.
2.   Ulangi proses ini ke dalam kolam ternakan


 
 

No comments:

Post a Comment